aku tak tau nape tetibe aku nak blogging dengan diea aku mencurah-curah skrg nih, but dah takde tempat aku nak lepas geram (slain drpd facebook), so aku pilih ke arah blogging. sebab apa blogging? most of the reasons are bila kita nak express pendapat dan kita tak rase cam kita layak untuk express mnde tuh kan depan orang lain..sebab sapa laa kita kan??
maybe orang cakap di sebagai mengutuk, but, for me, aku aggap sbgai nak share pengalaman hidup, and as long as aku tak mention die tuh sape and aku rse korang2 je yang bce aku nyer blog, its okeyh...ingat nih bukan nak kutuk, but nak share...
so sini aku nak cakap tiga tajuk, first, pasal religion. ada dua mende yang aku nak share. biase dengar pasal orthodox tak? orthodox nih kire pekat lapuk nyer pasal agama laa. eh nih bukan bermakna yang baru nih liberal okeyh? bukan bukan. yang baru juz telah dikonsepkan dengan peredaran zaman. cam hukum maen gitar. ustazah aku cakap boleyh berdasarkan sesetengah pendapat ulama, bvut still ade juga yang menentang hukum nih. tapi nih bukan pasal nya.
ingat ak pasal aku cakap abang azhar yang cakap die nak suasana cam kat skolah die dulu tuh? ingat ka? ade dalam post aku baru2 nih. die ade gak cakap, kita takkan menentang seseorang yang sependapat ngan kita, kita takkan menentang sumthing yang kita spendapat, sama-sama suke. but what if kalo kita mende uh berlaku kat kita, and for sure laa kan kita akan menentang pasal mnde uh.
okeyh lets make things clear right now. here, in this university, or precisely, one of the hamba Allah among our community. must be admitted that she is really religious, but i called her orthodox. okeyh paham kan nape? cam nih, pmpuan diminta buat persembahan kat stage nanti smpena tahun baru. so die nak suruh laki2 kene uat persembahan and die mengutarakan hujah ni "korang nak ke kiteorang joget2 kat atas ?" okeyh in term of reason cam kuat kan? konon2 nak jaga muslimah2 sejati la ni. but persoalan nyaa , kenapa ada nasyid perempuan? btw, diminta untuk menyanyi bukan suruh buat tarian seksi2 kat atas tuh, abeh impak maksima pun goyang badan kiri kana sebnyak 5 cm..tu pon tak boleyh ke? aku tak rase islam sestrict ni. serius. but when it comes tuh tempat duduk di lecture hall, tak kesah pulakk laki kene duduk belakang kan? bukan spatutnya laki KENA duduk kat depan ke? sebab mata laki akan liar. so dia akan usha2. and even pempuan pun mengeliat2 melentik badan..so itu automatik akan nampak. bila ditegakkan hal ni, sah sah dia akan cakap keadilan sama rata antara laki dan perempuan. wtf. ape pendapat korang??? so memetik ayat abang azhar tadi, kalo sumhtin yang tak kene ngan hamba Allah ni, die akan mentang dengan bermcam alasan, but kalo ikot natural die, ikot pendapat die, dia akan rase die jelaaaa yang betol.
coz aku observe korang2 sbgai seorang yang sangat adaptive antara life dunia, social, study and AGAMA ISLAM...sangat berbeda perngai hamba Allah seorang nih. tolong nasihatkan aku boleyh tak? ape aku leh buat ah? nak ditegor rase cam tak layak.
topik kedua--
dialog yang buat aku menyampah
hamba Allah tak bertudung (HxT)
Orang russia christian (ORK)
budak kelas (BK)
ORK: saya tengok semua orang malaysia pakai tudung, kenapa awak (HxT) tak pakai?
BK: -muka awkward-
HxT: saya masih tak ready, bla bla bla bla bla.....
komenj: menyampah and nak je aku cakap "hellloooo, ko dah besar panjang period entah brpe kali takkan tak tau ready ke tak ready ke ahh?" and ko dah memalukan aku sebagai umat Islam yang terkenal dengan ketegasan dalam hukum dan hak Allah terhadap aurat. apa pandangan orang ORK tuh? adakah "islam is not a very strict religion, like people said, they also can wear tight t shirt and show their hair to people..." nampak normal but GTH pleasssee :-)))...
ade lagi satu tajuk...
skrg dah takde mood dah..
BUT PLEASEEEEEE KORANG TOLONG BAGI AKU NASIHAT WEYH CAMNER AKU NAK HADAPI MANUSIA CAM NIH ..NAK IKOTKAN AKU..MEMANG BERDARAH KOT HATI DIE KENE PANCARAN LASER AKU..SERIUS...aku nak pendekatan lembut..demi Islam...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
8 yakek:
salam wrt hafidz.
em psl yg lain, aku tknk komen.
tp pasal perempuan nasyid tu,
hari tu kitorg ade buat sesi online dgn ustaz sempena bulan fiqh islami.
and ade soalan pasal perempuan boleh nasyid atau tk.
jawapannya :TIDAK.
nasyid tidak dibenarkan, apatah lagi menyanyi2. baca quran pun perempuan tkleh dpn laki. kalau dpn perempuan tkde masalah la kan.
sbbnya, perempuan DILARANG sama sekali utk melunakkan suara di hdpn bukan muhrim.
so, fikir2kan lah :) jgn cpt marah. istighfar byk2. aku tau ko sbnrnye penyabar ^^ cuma susah nk express dgn cara yang org sng phm. kalau ko tk sabar mmg dah meletup terus la kan. haha.
biasa la hidup ni mcm2 ragam manusia. satu je yg boleh buat ko rase tenang dan aman - sabar :D
aku tau bukan senang, aku sendiri pun panas baran gak. tp once sabar, and bila dah padam api marah tu, ko akan rase tenang yg teramat sbb ko tk buat bnde2 yg setan suruh
and dont forget to smile! :)
wan:
sorry..ni bukan bidasan..lets make things cam kongsi2 ilmu okeyh?
ni aku dapat bbrpe pendapat orang...sebab skrg nih dunia dah brubah bukan bermaksud islam kene brubah...islam kena diubah konsep...cam certain ulama ade mule memberi pendapat tengtg klonggaran berasarkan kesesuian trend zaman skrg...nih article yg dapat aku copy...:
cam couple aku ade gak dngar korang dgn ustaz on9 tuh kan....katenye haram kan? aku refer balek...kenape nak haramkan kapel? ade pendapat cakap jangan ditentang kapel..but the main point is kite tentang zina..menentang kapel tak bermkan menentang zina walaupun di adalah salah satu cara untuk menentang zina. paham kan? tentang zina adalah perkara paling mustahak dan sudah pasti zina tuh adalah tentang zina hati dll. see aku rase korang kene buat banyak comparison.. jgn brpgng pada satu hukum dan secara 'othodox'nya percaya terus menerus. buat comparison derdasarkan source yang boleh kita percaya dan sahih.
btw nih article nya...:
Bertudung dan sempurna penutupan aurat tubuhnya tetapi memanja-manjakan suaranya ketika berinteraksi dengan lelaki.
sama ada menyanyi mahupun bernasyid. Tiada dakwah yang sesuai buat wanita menerusi nyanyian kerana sesaat sahaja ia berada di atas pentas dengan pakaian canggihnya, seribu mata lelaki yang memandangnya. .kita tidak tahu dimanakah mata lelaki itu memandang. Suaranya yang merdu juga membuatkan lelaki yang rosak hatinya akan dibuai nafsu, walaupun penasyid
wanita itu sedang mendendangkan lagu ketuhanan.
Larangan ini datang dari Firman Allah SWT :
"Janganlah perempuan-perempuan itu berlaku lemah dengan perkataannya, sebab akan menaruh harapan orang yang dalam hatinya ada penyakit." (al-Ahzab: 32)
alhamdulillah...saya dah dapat nas dari Al-Quran tentang perempuan yang bernasyid...harap kalau ada komen-komen tambahan daripada sahabat2..silakan la yee...
Member Information For iqlil_umairahProfil Hantar PM kepada iqlil_umairah Quote dan BalasQuote
kasturihati
WARGA RASMI
Menyertai: 06.03.2004
Ahli No: 3380
Posting: 11
Dari: tanah melayu
Kedah
posticon Posting pada: 24-04-07 22:12
assalamualaikum..
ini pandangan yang saya dapat hasil perkongsian dengan beberapa ustaz.
melihat keadaan zaman sekarang, hiburan memang berleluasa. seandainya kaedah atau metodologi nasyid itu untuk tujuan dakwah dibolehkan. namun, hukum dibolehkan itu perlu melihat kepada beberapa syarat. tambahan lagi kumpulan nasyid itu adalah kumpulan wanita.
antara syarat yang perlu diberi perhatian...
1) suara penyanyi kumpulan nasyid adakah ia lunak, dilembutkan atau tidak
2) dari segi penampilan(pakaian, hiasan, mekap) adakah ia sekadarnya sahaja atau melebihi dari sepatutnya.
3) lagu yang dinyanyi, unsur yang dimasukkan.
apabila kita menilai sesuatu kumpulan nasyid, nilailah dengan baik. hukum yang asalnya harus, boleh menjadi haram lantaran syarat-syarat tidak dipenuhi atau melanggar syarat.
btw wan thanxss..aku rase aku tanak bom....mmg ayah aku nak gtau coz skali aku gtau pedas abehss kan.....andddd
jangan suruh aku smile sbb aku bukan type yg boleyh smile tak bersebab lawak
-.-""
salam wrt
begini sebenarnya hafidz.
pada pandangan aku la kan. dunia sekarang dah banyak sangat membuatkan kita mencari pelbagai alasan untuk membenarkan sesuatu yang boleh membawa kepada keburukan. maksud aku bukan lah couple shj, tp banyak lagi.
kalau ko ckp pasal couple tu - kenape nak haramkan. ok aku pun ade je dgr pasal couple tu tak haram or in other words, HALAL.
TAPI.
bukankah Islam memegang kepada prinsip mencegah sebelum kena? Islam bukan berubah konsep Hafidz. manusia yg berubah pemikiran. cuba ko renungkan. kosongkan otak. fikir betul2. kenapa kita mesti nak tanya tentang couple haram atau tidak? sedangkan dalam Al-Quran telah jelas menyatakan bahawa pergaulan [ikhtilat] antara lelaki dan perempuan itu HARAM melainkan beberapa sebab yang membolehkan - ni boleh bace post aku kat blog BTK PPIMNN http://btk.nizhny.imamrsc.com/ under tajuk batas pergaulan.
bukan orthodox hafidz. cuma cuba untuk merenungkan Islam yang syumul. kenapa Islam buat hukum sebegini sekiranya tidak relevan? kerana semua perkara ni dah tercatat dalam Al-Quran. manusia akhir zaman akan mudah terpedaya. syaitan akan guna pelbagai cara, untuk mem'baik'kan benda yang buruk. bagi aku, couple mmg haram SEBAB buat ape nak couple sedangkan perkahwinan lebih diredhai Allah SWT?
begitulah manusia. disebabkan keinginan, hawa nafsu, kita boleh pulak beri kemaafan kepada diri kita tentang hal-hal ni. tidak berniat langsung untuk membidas. sekadar memberi pandangan.
contoh mudah la kan hafidz.
drama nur kasih. ramai orang tengok. aku sendiri pun tengok, semenjak dtg nizhny la, since sume org mcm kate best gile.
please read the previous post before bace yg ni. sbb aku type panjang sgt so kne split dua. hehe harap maaf
kita sibuk mengagungkan, 'wahh, indahnya cara penceritaan drama ni, islamic and what not. tapi hakikatnya? realitinya; yang berlakon dlm tu bukan suami isteri. yang pegang2, peluk2 tu bukan muhrim. jadi di mana kedudukan kita sebenarnya dlm menonton dan meminati drama tersebut. aku mengaku, aku sendiri tengok, and dlm hati 'ala takpe la, cite ni diorg suami isteri, plus islamic gitu. daripada aku tgk cite yg bukan2?'
ko nmpk tk ape yg aku cuba terangkan?
kita makin lupa hafidz.
disebabkan kita terlalu memikirkan apa pandangan orang lain, baik muslim mahupun kafir, kita mengflexiblekan Islam, atas dasar kononnya ' Islam tidak membebankan umat'
benar. aku setuju Islam mmg tidak pernah membebankan umat. tapi, kenapa kita harus rasa terbeban? kenapa mesti kita ambil mudah tentang hal-hal mcm ni?
pasal nasyid la kan. 'ala takpe, kan nasyid. nak puji Allah SWT. bukannya nyanyi dangdut ke ape ke'
sekarang ni, yang memujuk hati kita tu siapa? iman? syaitan?
aku sendiri tak boleh jawab.
kenapa kita usaha sgt2 nak cari jawapan ttg boleh atau tidak couple la, nasyid la, sedangkan apabila diberikan jawapan 'tidak dibenarkan', kita sibuk mencari pendapat lain, yang sebenarnya 'sependapat' dgn kita?
nampak tak hafidz?
kdg2 apa yg kita cari, bukanlah apa yang kita perlu. tapi apa yg kita mahu, kan?
bila dikatakan couple tu haram - fuhhh ramai bantah! kata 'kami msg pun tazkirah. kejut bgn tahajjud. ingat-mengingatkan kpd Allah SWT'
siapa yang pujuk hati tu?
iman? nafsu? atau syaitan?
aku sendiri tak boleh jawab.
benda2 mcm ni, mudah mengelirukan orang. tapi alhamdulillah, aku ambil pendekatan mudah - setiap apa yang ditetapkan dalam Islam itu, mesti ada hikmahnya. kalau tidak, masakan Allah SWT menciptakan situasi untuk menguji kita.
benda2 pasal aurat, hiburan semua ni telah pun termaktub dlm al-quran. cuma pada kita untuk ikut atau terus menyedapkan hati dengan pelbagai jenis pendapat.
banyak lagi sebenarnya nak tulis, tp takut plak ko menyampah bace. hehe. i'll wait for your response first. sbb takut gak kalau ko dah ade mindset sndiri.
about smiling. kalau ko cuba untuk senyum pun dah dpt pahala tau. senyum tk smestinya utk bnde lawak. kalau ko senyum sorang2 pun dah bleh tenangkan hati [but not the kind of cynical smile la]
so, senyumlah even when u read what i wrote ^^ hihi kadang2 yang menghalang kita drpd buat bnde yg baik ialah ego. and org ego ni, tkleh cium bau syurga tau :) aku sendiri pun ego, tapi aku nak jugak masuk syurga. so sdg cuba utk berubah utk kebaikan hihihi.
contoh benda baik yang terhalang dek keegoan seseorg :
meminta maaf walaupun tak bersalah
-kalau ko mintak maaf, walaupun pada dasarnya ko tau ko tak salah, tapi boleh menjernihkan semula keadaan - then why not? what harm can it cause anyway? betul tak? tapi sebab hati yang ego, Ya Allah, jangan kata mintak maaf, tego pun belum tentu. sebab ape? 'bukan aku yang salah! buat ape nak mintak maaf'
nampak tak? [haha aku asyik tanya nampak tak, mcm la ko bute]
i mean, hidup kita selalu dibelenggu dgn plbg persoalan dunia. sampai kita slalu bagi alasan sendiri utk menyedapkan hati. akhirnya, kita kurang sedar, suara siapa yang sedap memujuk?
iman? syaitan? nafsu?
wallahua'lam.
*tenang tenang selalu ^-^
oh ye tentang pakai tudung tu. hehe. aku cam bleh agak je sape. tapi begini la pendekatan lembut.
cara ko agak kasar la kot ^^ tapi takpe, kita cuba bermusyawarah di sini.
pada pendapat aku la kan. orang2 yang kate tak ready la ape sume ni, sbnrnya mmg tau, tudung tu mmg wajib. dan mcm2 jenis alasan diadakan untuk menghalalkan dosa diorg. mark my word - tidak menutup aurat - BERDOSA, tkde diskaun2.
cuma apa yg kite boleh buat? mengeji? mengutuk dlm hati? marah2?
mmg manusia tak boleh lari dari mencari kelemahan orang lain. kadang2 bila kita tgk org tu mcm ade buat salah, kita rasa mcm kita bagus. sbb kita tak mcm dia [hehe ade je manusia mcm ni, pecaye la ckp aku]
tapi kan.
apa faedah yg kita dapat dr mengeji dan mengutuk dlm hati?kita dapat DOSA. dia plak tak dpt apa2.
bukankah lebih afdal, kalau kita tegur secara baik, dan kalau tidak diterima, kita cegah dari hati dan PALING PENTING - mendoakan agar si polan mendapat hidayah dari Allah SWT untuk mempraktikkan cara hidup Islam yang sebetulnya.
betul hafidz, pada dasarnya, kita mmg patut mengeji tindakan org yg memperlekehkan hukum2 agama. tapi, itu hanyalah setelah pelbagai pendekatan telah dilakukan utk mengajak dia ke arah yang betul. kalau dia masih berdegil, dan mempermainkan hukum Islam secara terang2an, maka WAJIB bagi kita mempertahankan hukum Islam.
aku nak petik kata2 seorg hamba Allah.
'Islam ialah kata kerja, bukan kata nama. Ia harus dipraktikkan, bukan hanya disebut2"
bdasarkan interpretasi aku, maksudnya Islam ini bukan lah untuk kita akui sahaja. tapi kita juga perlu menunaikan suruhan-Nya. bukan takat mengaku Islam. atas IC Islam. tapi akhlaknya? aqidahnya? tepuk dada tanya selera.
cuba tanya iman dalam hati.
"aku ni cukup Islam ke tak?"
"hebat sgt ke aku ni nak menilai org lain?"
kadangkala kita leka. kita slalu sgt cpt menyampah kalau org ni mcm tak betul pd pandangan kita.
tapi, kite ni betul sgt ke? susah kan nak pikir?
sbb itu la,Islam menyuruh kita berpesan2 kpd kebaikan dan bykkan bersabar. surah al-asr :)
byk hikmah disebalik semua perintah Allah SWT. kalau kita boleh dalami semua hikmah tu, insyaAllah hati kita bersih. dan sentiasa bersangka baik sesama manusia.
aim kita yang utama ialah utk mencari keredhaan Allah SWT. setekun mana pun kita, tapi kalau Allah tak redha, tak jadi gak kan?
bukan senang utk aku discover sume ni. aku ni kire tmasuk golongan jahil gak la dulu. dtg sini barulah nk dkt dgn bnde2 ni. org mengata, aku tau. 'eleh time2 mcm ni barulah nk dkt ngan Allah SWT'
tapi aku tk peduli semua tu.yg penting aku tau niat aku. & aku syukur gile dpt peluang mcm ni. aku harap sgt dapat istiqamah.
aku harap ko tak salah faham dgn sume yg aku tulis ni. skdr berkongsi, harap maaf if ade tersalah cakap ye ^_^
wassalam
okeyh..sori lama tak reply..bukan tanak..tapi takde mood..skrg dah ade dah...
okeyh..ni penjelasan aku dan aku rase the end point dan sangat2 jelas2...
1. nahsyid untuk perempuan memang diboleyhkan dan galakkan.
dengan syarat buat kat perempuan je. kalau kat laki2 ..sori. memang haram (err leh tambah jadah tak?)...
-sumber rujukan aku is laman web PAS..ini adalah kata putus dan aku rase ko pun stuju kot...
-endpoint kedua..aku rase itulah sebabnya kau wujudkan article ni...sbab aku nak mintak nasihat..bukan nak judge orang teruk ke tak...and aku dah mentinoed dah..aku pun tak perfect..(ko pon tau kan prngai aku camner)
-aku rase mmenang betul islam tak lyk disenangkan sebab kesusahan kita yg dijadikan alasan. but kadang2 aku nak strict pon cam tak kene tempat...contoh...dalam dewan kuliah..[empuan leh duk depan...nak masuk dewan..perempuan berpusu2 nak masuk belaga abeh laki pempuan tak kira jantina time nak masuk pintu uh...
nak elak mesti tadapat tempat duduk..and pmpuan of course takkan mengalah...ade ke orang pertikaikan? aku pertikaikan..dalam hati. tapi takpe relax sudah.
anyway smue mende thanxss sbeab gitau...certain things aku terima and certain things (cam kat atas yg aku cakap)..aku takleh terima. but sharing ilmu memang best kan? or aku cakap bagi ilmu..coz aku takde ilmu sangat pon dlm hal2 nih especially cam budak nizhny..eheh...peace...no offense ...paham2 la kan aku camner...
alhamdulillah. terrbaekk!!! perkongsian ilmu disitu.. hehe.. aku sangat setuju dengan kata putus korang.. islam sememangnya tak mengongkong, tapi jangan sampai kita gunakan ketidakongkongan itu untuk kesenganan sendiri.. maksudnya mengubah hukum yang sememangnnya telah mudah untuk menjadi lebih mudah.. habis tunggang terbalik laaa..
Post a Comment