Tuesday, February 9, 2010

tears

7:13 AM
tears from a guy, tiada sapa yang tahu kan? aku dari sekolah lagi macam tuh. tak, dari kecil lagi macam tuh. tiap kali aku nangis je, selalunya ada kaitan ngan parents aku. jarang ada kaitan dengan kawan aku. few times jer dalam hidup aku aku nangis sebab kawan-kawan. kecik-kecik time ayah aku hantar aku g rumah pengasuh, aku nangis kejar ayah aku, menangis-nangis aku kejar kereta bapa aku. tiap-tiap hari drama cam tuh. yep, aku super sensitif, sampai sensitif tak bertempat. naik bosan jiran-jiran kat situ tengok drama hindustan tuh.

masuk sekolah, sekolah rendah kebangsaan pinang tunggal, dekat je dengan rumah aku sekarang ni. aku menangis bila aku tak dapat result elok. aku rasa aku sangat anak tak guna bila aku kecewakan bapa aku. aku pernah sekali fail, dapat number 27 time darjah dua, aku kena panggil face-to-face ngan ayah aku. serius, aku tapenah maen-maen pasal study, aku belajar tapi tak kena teknik kot. so aku dapat no 27. bapak aku cakap kat aku "apa yang abah tak bagi kat hang? duit tiap-tiap hari seringgit abah bagi, nak makan sedap-sedap abah bagi, nak basikal abah beli, nak buku latihan abah beli...". aku menangis lagi. aku tadapat maafkan diri aku.

so darjah tiga aku menunjukkan peningkatan, adalah dapat no 7. klimaks aku dapat number 1, for the first time. tu pon sebab english aku. time ambik result UPSR, aku tak kesah abah aku nak bagi hadiah apa pon, aku nak hadiah kat bapak aku. aku nak dia tengok aku dapat 5A dan masuk asrama penuh, yang selalu dia ngiang-ngiangkan kat otak aku setiap masa time zaman sekolah rendah.

time PMR, maybe orang aggap ni perkara temeh, aku still anggap dia berat. time form 1, aku dapat markah sejarah teruk, markah bm teruk, sains dapat B+. aku nangis, sebab pointer aku teruk, tak macam orang lain, top top semue, walaupun aku maseh 3.5. aku cuba bangun walaupun aku sedar hakikat dalam dunia ni aku bukan yang paling pandai, tap aku cuba tolak fact tuh. dan aku finish PMR aku dengan senyuman untuk ayah aku. bapak aku dulu fail PMR sebab dia main-main, aku bertanggungjawab untuk tebus maruah ayah aku tuh. dulu dia kene keluar SBP Tun Syed Sheikh Shahabuddin, or Sekolah Sains Bukit Mertajam, dia rasa sangat sangat sangat sangat menyesal sekarang. memang tiap-tiap kali dia cerita pasal penyesalan dia tuh, especially bila dia jumpa kawan lama dia. ade engineer, ada doctor, ada lecturer, gaji stock RM 10 000 ke atas. dia segan. aku berazama tanak bagi dia segan, aku nak dia rasa happy. so do my mother. gaji ayah aku sebulan RM 2500 sumthin (jujurnya). itu bukan banyak. sebab, lepas tolak hutang (aku sendiri witness), dia ade lah dalam RM200 ringgit dalam bank.

ape yang die hutang?

-tanah
-rumah sewa
-kredit kad termasuk caj beli buku aku studi.

untuk sape semua ni?
eh bukan dia. untuk anak-anak. untuk future ktorang.

sampai ke form 4, aku lagi selalu menangis, situ lagi la banyak pandai-pandai. aku cuba compete. ade la boleh-boleh cam tuh, well, at least aku tapenah rasa sangat rendah diri. aku dapat markah teruk, aku nangis lagi. memang takde orang tau. aku nangis time solat hajat. please, aku bukan nak show off. aku nangis sbb aku kecewakan duit-duit dia tuh. aku nangis time aku solat hajat sorang-srang curi masuk surau lepas prep. aku anak sulung, kena bagi contoh, kalau bad starter, guess what will be the outcome? alhamdulillah adik aku yang second and third memang cuba contohi aku, and even aku selalu cabar derang potong rekod aku. aku yakin derang leh potong. time form 5, aku first time nangis betol-betol sbb kawan, even aku tak nangis tinggal kawan baik aku kat MRSM PS, tapi tak kat langkawi. aku sedih nak kene tinggal kawan-kawan aku yang sangat-sangat kamcain uh. sebab life aku kena teruskan sebab aku ada tanggungjawab yang diamanahkan dan selalu ternginag-ngiang dalam telinga aku. biarlah orang nak cakap aku nerd pon, walaupun setiap kali aku deny fact tuh, tapi dalam hati aku admit. setiap kali exam kat maktab, aku selalu tulis kat depan kertas exam tuh

"abah cik janji"

ye aku memang janji. aku tamungkin cuba mungkiri. tak mungkin. biar aku hidup sedih, asalkan derang happy terlaksana tanggungjawab sebagai ibu bapa. hasilnya, alhamdulillah, perhitungan hidup mati aku pada SPM dapat jugak result perfect. seronok aku tengok abah aku senyum. sernok aku tengok datuk aku bising sana bising sini kat kampung. seronok aku dengar mak aku tersenyum bila time pergi kedai ...

"aku dengaq cerita, anak hang dapat xxA1...tahniah"

mak aku bingung, camna orang boleh tau. hakikatnya itulah, aku happy. aku pilih medik sebab, aku tau, deep inside parent aku memang derang nak aku jadi doctor. aku memang minat engineering, best engineering, tapecah kepala pun. tapi, sekali lagi, aku kene korban 'happy'nya hidup aku demi parent aku. aku tak kesah.

sekarang aku kat russia. result aku pon teruk. aku suka emo-emo walaupun result tuh memang aku tau tak adil. aku fikir sejenak, sampai bila aku nak blame result-result ni? aku tanak derang dengar aku dapat 3, lulus sahaja untuk dapat diploma. derang macam-macam sanggup beli, dan memang surelah derang tengah sakit hutang sekarang . aku tukar group aku, korbankan life aku yang happy, dengan pelbagai alasan aku tipu orang, demi parent aku lagi. aku nak markah aku ada improvement. maybe aku tak happy, skrg pon aku menangis lagi. sori.

abah aku cakap...
"abah doakan hang jadi doctor terbaek di Malaysia..."

Abah Cik Janji.

.

A 14 years old web designer from Kairouan, Tunisia. And then you write some more information about yourself like this to fill out the space that is left.

5 yakek:

sahabat3 said...

we r proud of u3!!!
b strong^_^


Allah did not promise that the way would be easy.
But He did promise that He would be with you in every single step of your life as long as you want Him to.

Unknown said...

thanxsssss.... kuranglah sikit tangisan aku malam2...

Wan Nur Aishah Wan Ali said...

aku bangga dgn ko hafidz. parents ko mesti lagi bangga.

kami doakan yg terbaik utk ko =)

Anonymous said...

kuatkan semangat.
smuga dpt ape yg dihajati.
;]
Insya-Allah

Anonymous said...

u inspired everyone around u...
u should realize that. :)