Friday, October 15, 2010

suara

6:20 AM
lamakan aku tidak update blog terchenta ni? bukan tidak ada kesempatan, cuma merasakan ada lagi penting untuk aku lakukan selain daripada mengupdate blog ni. which of course all about study. study sekarang amat chaos jugak, sebab nak kena cover sendiri banyak topik yang bukan ringan-ringan, tapi berat-berat jugak. memandangkan masih di awal bab, maka, sikap optimis tu masih ada la jugak. jangan label aku mamat study eh? aku budak yang terpaksa study untuk satu perjuangan yang penting. iaitu menjadi doktor. aku taknak jadi doktor pelingkop. tu pun kalau paham la apa maksud 'pelingkop' tu. =P

anyway, mengenai adik aku, dia sudah keluar daripada KPJ Specialist Hospital, which was yesterday. Penyakitnya masih belum lagi habis dirawat, cuma intensitinya berkurang. Dia harus mendischargekan dirinya sebab dia masih dalam peperiksaan, so, balik-balik je esoknya dah kena exam Physics. Normal. Ada dugaan itu norma. Apapun aku masih mendoakan kesihatan dia. Bagi aku apa yang penting sekarang ni kesihatan dia, bukan study dia tapi kesihatan dia. SPM dia tahun depan, jadi, tidak perlulah nak menggelabah. Masih ada masa. Prioriti di sini adalah kesihatan. Tiada yang lain.

Yang ini sekadar post ala update-update dalam kesejukan Musim Luruh di sini. Kamera tak bawak pulak pergi ke sini sebab ingat nak bagi kat abah and then just tunggu nak beli yang baru pulak, which will be around next 2 years (?). Insya-Allah. Ya, Allah, aku sendiri pun tak paham perubahan aku bila datang sini. Seriously. Well berat badan dan saiz badan tuh lebih daripada paham. Tapi mengenai pergaulan. Apakah 2 minggu aku di sini masih merasakan diri masih lagi awkward untuk bercakap dengan orang. Aku merasakan sekarang ni, aku malas nak bergaul dengan kawan-kawan yang berlainan jantina. Nak tengok muka pun berat, apatah lagi nak bercakap. Kenapa? And then facebook pulak aku dah buat akaun yang baru semata-mata tanak ada free dosa pulak datang kat aku. Yang ini malas nak panjang-panjang disebabkan takut nanti ada orang fikir ke lain la pulak. Tapi kenapa aku terasa sangat berat macam ni sekali. Perubahan ini berlaku sejurus aku menjejak kaki ke bumi Volgograd ni pulak tu. Ya, aku masih diri aku. Aku bukan berpura-pura melakukan hal ini. Aku malas nak bukak profile orang, stalk sana sini. Kenapa? Dulu lain sekarang lain. Walhal, aku tidak pulak pernah pergi ke kuliah agama ke kem motivasi ke sepanjang aku cuti. Apa apa pun, perkara pucuknya di sini, aku suka diri aku. Sentiasa. Sama ada dalam jahat, dendam, tidak suka bergaul. Sebab itu adalah diri aku. Aku tidak suka berpura-pura. Itu yang penting. Aku selesa. Sentiasa. Sama seperti dahulu.

Apakah aku mendapat motivasi 'tersirat' sepanjang dua bulan aku di rumah?

___________________________________________________________
POST 2: Kemana letaknya diri?

Mungkin ini agak mengungkit isu sensitiviti. Aku malas nak layan pun. Tapi menjelang 2 minggu akan datang akan diadakan pilihanraya untuk jawatankuasa dalam MSA. (Malaysian Student Association). Bagi calon-calon bertanding, kehangatannya sudah mula dirasai bagaikan ingin melitupi kesejukan badan aku di musim luruh ini. Manifesto demi manifesto sudah dikeluarkan. Calon demi calon menampilkan diri dengan kemanisan seribu satu bahasa mengangkat diri supaya memperolehi undi demi menjaga kepentingan pelajar Malaysia di sini. Tidak dinafikan walaupun satu pulpa putih atau merah di dalam spleen diriku ini, mereka semua mempunyai kebolehan melakukan kerja dengan effisien, ketangkasan berkomunikasi dalam bahasa Rusia dan sebagainya. Jangan risau, kami pengundi tahu apa yang terbaik sebagaimana anda semua (calon-calon) mahu yang terbaik untuk kami.

Namun begitu, timbul persoalan-persoalan. Munasabah, pada masa yang sama, apakah ini juga fitnah. Kemudian roda ini berkisar kepada skop yang lebih besar. Skop politik kita sendiri di Malaysia. Saya tidak bermaksud hendak berpolitik, tapi, secara skalanya, bibit-bibit sudah ditampakkan satu demi satu di sini, iaitu 'skala kecil' politik Malaysia. Sudah menjadi lumrah, bila politik sahaja, kaitan faktor manipulasi yang paling besarnya adalah, perkauman atau 'race'. Tiada yang moderate. Tiada yang seimbang. Semuanya lebih ke arah 'pro'. Pro-Melayu, pro-Cina, pro-India'. Kenapa begini? Kalau hendak dikaitkan dengan faktor agama, sudah pasti tidak nampak penyelesaiannya. Kerana disebabkan kita semua bukan seagama, masing-masing dengan pedoman agama mulia masing-masing. Semua agama mulia. Namun kitaran politik kini berbolak balik mengenai kaum. Seumpama zaman Nabi Muhammad dahulu, masih berkisar tentang 'bani' itu dan 'bani' ini. Namun itu keturunan, bukan kaum, sebab semuanya kaum Arab. Namun, masih, ada pemisahnya.

Saya disini bukan ingin menjadi racist, cuma ingin menyeru supaya rakan-rakanku buat pertimbangan yang baik. Yang mana calonnya jauh lebih baik, mampu melakukan kerja. Bukan sekadar menyebabkan kepenatan pada sel darah merah yang terpaksa meningkatkan affinitnya terhadap oksigen di paru-paru, yang menyumbangkan pada pernafasan kita. Tidak kira Melayu, India, Cina, Iban atau lain-lain, apa yang penting kredibiliti haruslah dipaparkan.

Dengan ini saya ingin mengucapkan tahniah dan ribuan terima kasih kepada Chan Sin Chai kerana anda telah melakukan kerja anda dengan baik dan sebaiknya. Anda adalah seorang yang mementingkan tanggungjawab. Kepada yang memilih berdasarkan semata-mata warna kulit, anda merupakan manusia yang lebih buta daripada yang tidak bermata. Pilihlah berdasarkan kepentingan anda, kita, dan Malaysia.

Assalamualaikum. Salam yakek-yakek.

A 14 years old web designer from Kairouan, Tunisia. And then you write some more information about yourself like this to fill out the space that is left.

1 yakek:

Anonymous said...

salam..
pernah jugak rasa mcm tu...
tak pasti apa yang kita rasa...
keliru dgn perasaan sendiri...
kadang-kadang rasa kosong...
kadang-kadang rasa keseorangan...
tapi mujur hati masih ingatkan Yang Satu..
sungguh, Allah jugalah yang membolak-balikan hati kita


harap adik awak cepat sembuh...

gud luck ngan study...
take care...
will always visit...
insya Allah...


kta belajar dr ujian, kita belajar drpd pengalaman, kita belajar utk mnerima ketentuan tuhan, kita belajar utk faham erti mmahami dan kasih sayang, kita belajar dr segalanya, yg kembali mbawa kita kpd Dia tak kira jika belok ke selatan dan utara sekalipun