Tuesday, October 19, 2010

Homesick

1:01 PM
Sudah menjadi normal pulak rutin homesick bagi student. Bagi aku, normal jugak. Apa yang salahnya berkaitan dengan homesick ? Kecualilah kalau dia mengada-ngada nak balik tiap minggu tiap hari tiap jam tiap minit kan, dan dia memang sebenarnya sangat sangat nak balik dan memang balik macam tu. Awkward kan? Tapi tidak pernah pulak aku nampak manusia jenis ni. Kalau jumpa, aku suruh ibu bapa dia buat rumah sebelah katil dia kat asrama. Bagi aku sejak dulu lagi, aku payah nak rasa homesick. Bukan sebab aku benci rumah aku, serius, aku suka rumah aku. Tapi selalunya aku akan lebih fokus kat pelajaran. Demi 'HOME' aku la, aku taknak kena 'SICK'.

Maaf, sebenarnya aku bukan malas nak blogging, cuma tahan daripada blogging. Boleh sahaja aku nak berblog tiap tiap hari, tapi, itulah, macam aku sudah cakap, ada benda mengambil prioriti yang lebih tinggi. Tapi kali ini, aku terpaksa luahkan, sebab, tak semua benda aku nak boleh cerita kepada orang, jadi, inilah medium aku akhirnya. Dia sudah menjadi prioriti walaupun esok aku ada kelas, dan sekarang dah pukul 12:10 malam, di mana agak lewat. Esok ada Biokimia dan Histologi. Dua dua disentuh sekali dua untuk mengambil idea kasar mengenai pelajaran keesokannya. Berblog rupanya tidaklah menganggu sangat, malah membantu psikologi aku. Terutamanya waktu sekarang di mana aku sudah tiada lain melainkan blog untuk luahan sisa neuro aku yang selalu EPSP tapi akibat tiada medium terlalu banyak IPSP menyebabkan aku rasa sisa toksik dalam otak mulai mempengaruhi pemikiran aku.

Masuk kepada isi utama aku, sebenarnya, aku sekarang homesick pada satu tahap yang agak maksimum. Pada ketikanya aku rasa "apakah aku masih di Malaysia?", "bila boleh balik Malaysia?", malah pada kebanyakan masa aku, segala benda di sini, perilaku, lagu-lagu, malah minyak wangi pun mampu menyebabkan aku sendiri terbayang pada saat itu tentang apa yang aku lakukan di Malaysia di cuti lalu. Contohnya: terdengar lagu raya. Aku teringat aku bermain dengan adik-adik perempuan aku (yang sebelum terbangnya aku ke bumi Russia pada tahun 2009 aku tidak pernah mesra), bersama sepupu-sepupu aku pada malam sebelum raya. Mereka bermain bunga api (aku hanya banyak menangkap gambar saat gembira kanak-kanak menyambut hari raya). Aku suka suasana itu. Aku masih ingat dalam ingatan sesegar-segarnya. Gelak tawa. Ya Allah, banyak sangat apa yang aku fikirkan. Sememangnya itulah erti raya yang aku nantikan selama 19 tahun aku bergelar manusia di dunia ini. Aku berubah disebabkan raya. Sememangnya itulah anugerah Allah yang aku nantikan juga. Alangkah gembiranya menikmati saat ini, bukan?

Ya Allah banyaknya memori ini seolah-olah berlegar-legar di segenap gyrus otak aku. Aku suka raya, aku suka famili aku. Ya Allah tabahkanlah hati aku ini yang tahun depan tidak akan balik menjumpai keluarga tercinta. Sengaja. Sengaja aku tidak mahu balik kerana aku ingin merasa juga apa rasanya hidup perantauan sepertimana diuar-uarkan dalam novel Bahasa Melayu. Selain daripada aku fikir bahawa kalau balik di Malaysia tiap-tiap tahun apa gunanya aku dihantar ke benua Eropah pro-Asia ini? Kalau sekadar jarak menjadi kebanggaan dan data pengalaman coretan hidup hanya sekadar Russia-Malaysia, lebih baiklah belajar di medik di Ipoh. Kenalilah dunia ini. Itulah saranan ayahku. Bagiku, apa-apa yang aku lakukan, tanpa restu dari ayah atau mak aku, aku tidak akan mengharapkan apa-apa.

Salam yakek yakek.

p/s: simptom-simptom penyakit yang adikku hidapi sudah mula menular jelingan mata permusuhannya dengan antibody diriku. Penyakit masih di bawah kawalan dalam badanku, namun, tindakan awal harus diambil berjumpa doktor. Tiada sikap 'tidak apa'. Penyakit tetap penyakit. Pencegahan dalam lebih baik daripada pemulihan.

Doakan kesihatan ku jua.

A 14 years old web designer from Kairouan, Tunisia. And then you write some more information about yourself like this to fill out the space that is left.

1 yakek:

Anonymous said...

jg diri...
jg kesihatan...