Hari ni merupakan hari kegemaran aku selepas selepas ini sebab kelas adalah habis awal selepas ini. Pergi kelas pukul 8:30 pagi dan balik pukul 12 untuk satu subjek yang bernama Fisiologi. Gila penat paham tak aku baca buku semalam, pastu, tetiba hari aku ditanya, walaupun, aku tak mintak pun untuk ditanya. Payah tau tak nak paham mekanisme benda alah refleks tuh sebab molecular level adalah beyond imaginasi aku. Nak dijadikan kesia-siaannya bila soalan yang aku rasa sendiri aku nak pergi terangkan kat depan semua orang (walaupun semua budak yang bergabung kelas aku adalah super pandai, which is my ex-groupmates) tapi aku nak jugak pergi terang sebab excited (?) dapat paham benda ni tetiba bila bangun tidur pagi tadi.
Mungkin sebenarnya otak aku bekerja keras semalam untuk cantumkan fragment-fragment bacaan aku tuh dalam otak, yang malam semalam aku tak dapat connect each of them. Patutlah semalam aku tak mimpi. -.-""". Kecewa tau tak bila soalan itu ditanya pada Giftson dan dia langsung tak dapat terang soalan tuh. Memang payah pun. 3 jam tau tak aku menatap buku tuh untuk paham just for 5 muka surat je. Tapi stuck kat page yang ketiga untuk berjam-jam. Sembang-sembang dan FB mestilah jadi faktor jugak kan. Tapi ye lakan, tengok tapaham, kejadahnya lagi ko nak cangak kat situ menatap kan. Bukak la Fb, manela tau dapat ilham dari situ kan? Last-last aku baring kat sofa, bawak iPhone aku, online guna iPhone sebab malas nak duduk atas kerusi dah, baca sambil pejam mata. Which is, urm,...?
Tapi hari ni taklah kecewa sangat. Aku ingatkan aku takkan sempat tengok experiment guna katak. So, hari ni adalah excited sangat okeh aku dapat tengok realiti apa yang aku belajar dalam Fisiologi. Perh, in conclusion aku nampak cikgu aku ni macam satanist punya violent la terhadap katak tuh. Semua orang nampak sangat takut.
So here it goes about the experiment. Experiment tu supposely untuk mengkaji pasal central nerve system in spinal cord, aiming about the reflex arc punya action and also the spinal shock. So firstly akan ada katak hidup sehidupnya. Pastu, katak itu akan dibunuh, without giving any chloroform supaya dia *high*, dan dibunuhnya pulak cara yang urm, agak, menyayat-hati-perut-intestine-darah-percik tau tak? Diguntingnya kepala katak tu, so that, it will prove that the action for spinal reflex system, there is no involvement of brain at all, which is masuk akal la jugak. I mean kepala tuh digunting hal pulak tuh, yang bahagian mandibulanya (rahang bawah) dibiarkan, pastu digantung. Time tuh pempuan semua dah macam "ahhhhhh kesiannye, kejamnye, wtf dll". Ade jugak laki yang duduk jauh-jauh, entah, sebab takut kot. Aku duk jauh-jauh jugak sebab takut darah tuh terpercik kene baju aku ke kan.
Pastu mulalah episod penyeksaan, diletakkannye sulphuric acid varies in concentration, tengok reaction die cepat ke tak. Katak yang dah mati tuh boleh menggelupur lagi laa walaupun dia dah mati. So adalah excited dan kagum gilaaaaaaaaaaaaa time tuh. CIkgu aku ni jenis rileks jer, dah la isap rokok kan, tapadan dengan perempuan, dia buat semua tuh tak pakai glove apa pun, di siat-siat kulit kaki katak tuh pun rileks je. Aku dah buat muka geli tapi mata nak tengok je keje.
Jadi best sangat okeyh, aku teringin nak buat jugak la pasni. Tapi aku tanak katak macam dalam bilik air tuh, orang cakap katak dalam bilik air tuh, kalau die kencing kena kat mata boleh buta on the spot tau tak. So aku nak katak yang comel baru aku rasa aku boleh nak bunuh.
p/s: bayangkan kalau kita di tempat katak itu? Ya Allah, aku tak tau la apa benda lagi nak tolong aku. Manusia ni kejam tak? Kalau alien datang and claim that kita ni macam binatang dan boleh buat experiment kat kita macam mana? Macam mana jawablah woi manusia?
Apa-apa aku enjoy. Salam yakek-yakek.
0 yakek:
Post a Comment