Salam everyone!
Lama jugak tak blogging. Ada la dalam 2-3 hari tak blogging. Tak rasa nak gila pun. Macam biasa kesibukan bebudak medik. Orang cakap kesibukan mana course budak universiti lain amek pun same jer. Tapi medik memang sibuk. Well, tapi tak sesibuk korang yang berada di Malaysia dengan assignment bertimbun. Kitorang sibuk dengan preparation untuk kelas keesokannya. Tiap masa ade je nak kena ready sebab setiap kelas kena collect markah. Kalau korang tak perform, jawabnya isap la.
Macam tadi aku ada test untuk kelas Philosophy. Padahal semalam gelabah nak baca Philosophy. Last-last aku give up baca, dengan harapan esok 'apa nak jadi, jadilah mak cik oi'. Member rumah aku siap maki-maki dah cikgu ni. Iyelah, die buat nota dengan harapan 'sambil salin, sambil ingat'. Aku tak, salin tak salin ke, down jugak last-last. Lebih baik aku surrender awal-awal kan? Aku tak fikir aku nak surrender mudah. Tapi Philo je kot, zachem kan?
Tapi awesome kan aku dapat lepas tadi. Dah la aku second pegi jawab dengan die. Die tanye pasal Aristotle. Keje aku is, jeling buku, dapat point, goreng, poof dapat 4+. Boleh tak aku panggil aku sendiri budak awesome untuk yang ini? :-) Hari ini dah jadi hari bersahaja untuk aku pulak. Semua benda aku buat ikut flow. Semua tak plan. Inilah akibatnya bila aku dah rasa malas nak pergi kelas terkenang belambak-lambak lembu korban yang dikorban kat rumah aku. Jangan salah faham dong. Semua lembu tuh bukan ayah aku punya pun. Ramai kasi lembu and in the end buat dekat rumah aku sebab ada lapang yang besar. Gosh happening kot semalam. Takpe la, nanti lagi dua tahun baru aku balik Malaysia. Sini pun apa kurangnya bab-bab korban.
Aku korbankan duit aku beli pizza keju supreme punya saiz, and bantai sesorang. Dalam tuh ada 8 slices. Bayangkan aku bantai sesorang kan. Sekarang korang boleh paham kenapa badan aku lebih besar daripada badak air. Sila jangan dengki. Aku boleh je nak turunkan berat badan. Sekejap je boleh hilang 10 kg. 2 minggu dah cukup. Tapi akibat dulu dah berjaya turunkan berat badan sebanyak 10 kg jugak, jadi aku found out that takde MAKNENYE turun berat badan. Bagi lelaki la. Pempuan berat badan tuh sensitif punya isu kot. Cuba cakap Khaddy gemuk, esoknya sumpah aku kena cincang 14.
Puas aku membebel tak toghah (tak tentu arah).
Ada malam semalam semalam (2 kali malam), aku bersembang dengan member sebilik aku, Naqiuddin, budak Terengganu. Aku tapenah introduce die dalam blog ni lagi kan? Berpunya, so tapayah miang-miang tanya aku. Aku ni single lagi ni. Kitorang cakap betapa 'life is unexpected'. Cam dia expected. Aku tak. Aku dulu nak jadi engineer. And now, aku murtad masuk medik.
Aku pernah kot letak dalam blog betapa menyesalnya aku amik medik, tapi aku kuatkan diri demi parent aku, famili aku.
Apa yang aku sedar is, sebenarnya minat boleh dipupuk. Aku jenis yang lambat adapt. Lambat recover. So lama kelamaan, sifat nasa'i manusia ni pun sebenarnya ada kebaikan. Aku jadi lupa akan bencinya aku terhadap medik. Lama-lama aku semakin adapt ngan medik, dan banyak skop pasal medik semakin aku tahu. Bukan sesuatu yang rigid sangat dengan menyimpulkan yang medik subjek hectic, keje die failkan orang. Apa aku cuba stresskan sini is, minat seriously boleh dipupuk. As long as ko ada will untuk buat benda tuh. Minat ngan will laen. Ada minat ada will keje jalan. Ada takde minat ada will, keje jalan. Takde will, ada minat, sori keje tak jalan. Macam menanti bulan jatuh ke riba. Mustahil tau tak.
Aku masih jauh perjalanan. Apa-apa pun aku mendoakan yang terbaik untuk aku. 17 tahun aku pasti akan jadi jugak benda alah tuh.
Bye-bye. Salam.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 yakek:
Post a Comment