Sunday, November 14, 2010

Double Post: Baca

3:24 AM
Melayu Penang:

-" What's up?"
-"Nothing."

Melayu Kelantan.
"What's up?"
"Nate"

Apa-apa pun sesaja aku post dua kali hari ini sebab bukan sebab boring, nak ikut belambak gila kerja sebelah laptop aku ni, aku nak kena study Fisiologi lagi. Kalau tak kerana Anatomi semalam, dah lama aku bukak buku. SO disebabkan malam semalam 2:30 pagi aku tido mengekang mata nak baca Anatomi, so hari ini, jangan bukak buku langsung. Boleh?

And lagi satu aku sebenarnya nak buat post reply untuk satu blog yang agak mengungkit-ungkit memori lama dulu yang entah dah hilang dalam kepala hotak aku. Ini blog (click here) yang agak mengungkit kisah lama aku. Haha. Dulu punya zaman baru aku sedar, aku sekarang bertambah gemuk lagi lagi lagi gemuk. Dulu time aku pegi pun "eh Abang Rooneh gemuk", gamaknya kalau aku pergi sekarang "Eh Abang Rooneh gemok bebeh dah sekarang ni". Tau tak kenapa? Sebab aku makan banyak-banyak time rumah terbuka dulu. Sekarang ni berat turun 500 gram je. Lepas exercise pulak tuh, dengan duduk Russia ni dekat 1 bulan lebih dah. Hoh. Tapi apa-apa pun, aku tak menggelabah macam dulu 'nak kurus nak kurus' macam kebanyak perempuan sekarang ini. In fact, aku bertambah suka pulak ada badan macam ni, as long as dia tak affect aku punya gameplay dalam badminton. Improve gegila lagi ada la.

Dulu lepas result SPM aku belanja-belanja classmates aku dulu. Dah nazar kan. Awkward pulak tengok gambar dalam blog tuh, aku sesorang je yang gelabah pegang buku majalah maktab, which totally orang akan pikir aku nerdy. Aku tak nerdy woi. Lepas aku masuk intec, selamat masih kuat lagikan bond kawan-kawan. Pastu semakin lama semakin hilang pulak. Mana semua orang pergi ah? Ke aku je yang pergi sebab aku jenis tak approach orang. Sama la jugak macam aku nak tackle orang nanti. Pastu ada gambar time pergi langkawi cuti hari tuh. Haha. Gelabah je kan aku dalam facebook. Tau tak aku pergi situ menyepi menyilu menyegan je keje. Sebab I'M SO NOT KL. I find myself memang tak boleh cakap KL, so, kalau aku cakap, dalam hati tuh macam "Eh ko bodohlah cakap slang ni apsal ah? Tak sesuai *sengau gitu*.

Pastu tetibe aku bukak facebook, ade la pulak member aku pergi tag mamat Russia (Islam kot) dalam one of my videos aku kan. Pastu tetiba teringat zaman intensive aku. Apsal hari ni semua benda nak buat aku macam hidup dalam memori kelam (?) ni ah? Dah la tadi pergi training badminton, pastu turnout mamat-mamat Rusia ni pulak suruh pergi maen basketball dengan alasan warming up dengan cepat plus sekali ngan tangan punya warming up. Ya Allah, main tuh takpe la, ni kalau badan sorang-sorang macam Shrek tak jadi, hoh, sekali ngan aku dia rempuh, which is one my GREAT GREAT reasons tanak main sukan ada sentuh badan ni menyebabkan aku terseliuh. Bukan kaki. Bukan tangan. Mandibula aku. Err rahang bawah (?). Aku terus piss off sepiss-piss offnya. Tapi aku main jugak sebab pempuan Russia main sekali. So by any chance, aku maybe dapat ehem ehem kan?

Takla. Penat aku elak sane sini sampai tersadung kaki minah Russia pun aku jatuh. ;D

Hah, pasal zaman intensive course aku (2 bulan pertama di Russia) ktorang kena buat presentation. Homesick doh tengok video ni, dengar lagu video aku buat ni pun dah sangat cultural gila terasa nak menari ala lagu Cindai by Siti Nurhaliza. Anyway ini la vid dia:



Ouh, mak pak, cik nak balik. honeymoon !!!!!!!!!!!

Babai.

A 14 years old web designer from Kairouan, Tunisia. And then you write some more information about yourself like this to fill out the space that is left.

0 yakek: