Friday, November 19, 2010

Sebenarnya pretentious

8:30 AM
Berjaya jugak aku hari ni pergi lecture. Dengan harapan time lecture aku baca benda laen la nnti. Klu stay kat rumah, baca buku jugak. Facebook belambak daripada benda yang aku nak kena baca macam Histology punya embryology. Eh, aku taktau la kalau-kalau kat Malaysia, Histology tuh diasingkan ke tak dengan Embrology. Kalau kat sini sekali. Embryology la paling tak logik. I mean, abstrak nak mati. Susah kot nak paham mana satu. Hoh. Anyway memang habit aku dari langkawi lagi, lecture laen, bacanya laen. Sebab tuh la aku bengap. Tapi kalau ikut lecture lagila aku bengap. Serius.

Kuku aku panjang gila, malam ni kena potong. Payah nak type.

Hari ni letih nak mati sebab maen badminton tahap cipan. Dulu, aku senang-senang je belasah Wong Kah Ming. I mean, really senang, like just waiting for his mistake. Sekarang, Masha-Allah, dia improved doh. Dia dah laju, stamina sah-sah la lagi power sebab dia budak long distance. Aku boleh nak long distance, tapi hadiah mesti lumayan, baru aku dapat push diri aku. Kalau dapat medal plastik, rela aku tido. Macam dulu aku kat maktab, aku mane pergi merentas desa. Loserrrr kann???!!! Okeyla aku kasi chance kat orang lain nak menang. *Tetibe teringat peristiwa gelap larian antara rumah sukan kat MRSM Langkawi*

Hidup ini sebenarnya tak lari daripada kepalsuan. Depends, ada kepalsuan baik atau tak. Benda ni penat aku pikir tau tak teori sosialistik ni dalam bas tadi. Nak tanak korang kene dengar, PAHAM?!!! Sebab hidup aku penuh dengan research. Semua pasal sosial kebanyakannya. Adala jugak pasal fizik. Best doh menyepi daripada mendengar musik. Sebab akan keluar imagination-imagination yang tak sepatutnya time duduk dalam bas lama-lama dengan penuh keboringan.

Eh, sometime, sincerely, aku usha pempuan Russia yang masuk dalam bas. Yang muda la. Kalau yang masuk tuh tak cantik, aku haram tapandang langsung. Tapi, kalau sekali masuk angel, fuuuuuuuuuuh, terbeliak mata tak kelip-kelip doooooohh. Selalunya aku tunduk. Pastu aku tatap muka dia lagi. Tunduk. Tatap. Tunduk. Tatap. Dia tengok aku usha dia, pastu aku tengok ke tepi tingkap buat-buat taktau. Macam, kepala korang mengadap die, tapi, mata ke tempat laen, paham takk? Itu respon aku la. Hey, aku masih lelaki dude, macam pempuan tak je kan? Balik rumah gossip A-Z..."weh-weh, tadi aku jumpa orang muka macam Bieber laa *lompat gedik excited*". Pempuan pempuan. *geleng-geleng kepala*.

Oh, lupa nak bagitau, aku usha die cantik ke tak, eh? Bukan seksi ke tak. Sebab seksi, tak sedap dipandang la. Rela aku usha muka Reese Whiterspoon lagi dalam citer *urm tak ingat*. So faham kan kenapa? So tapayah nak syak-syak aku usha 'part-part' tak sepatutnya. Sebab aku punya jenis judging arah 'cantik or tak cantik' tuh. Hehe. Eh apsal aku tulis pasal ni. Euw.

Hidup ni penuh dengan purpose. Kita-kita akan buat apa-apa untuk dapatkan purpose tuh. Antara purpose general setiap manusia is:
  • To be good
  • To look good
And this thing correlates dengan reaction kita. If we wanna be good, but, it is not SO COMFORTING to be good, so here come the 'prententious thing' in ourself. Ni normal la kot. Sebab, some people, they don't wanna be themselves sebab if they are being themselves, they cannot get along with other people. So, 'faking' is the only way. Some people ada jugak yang boleh get along ngan orang, and they cannot stand on their own. Mostly la.

We are faking because we are not as osmosis to each other. We are different. By neglecting the differences, is the only way to equalize everything. Some said, 'fake it, until you make it'. No comment. Setuju, tapi kekadang, tak setuju jugak. Sometimes, people tends to confuse about hypocrisy and pretentious. For me, it's a big difference. Let's see what the dictionochka has to say:

pretentious
  • full of pretense or pretension.
  • characterized by assumption of dignity or importance.
  • making an exaggerated outward show; ostentatious
hypocrisy-
  • a pretense of having a virtuous character, moral or religious beliefs or principles, etc., that one does not really possess.
  • a pretense of having some desirable or publicly approved attitude.
  • an act or instance of hypocrisy
    .
Nampak kan beza? Dua-dua mainly berbeza in term of purpose. So untuk 'kelihatan' baik, religious bla bla (merujuk kepada hypocrisy). Satu lagi 'menjadi seseorang laen' which tak necessarily mesti jadi baik atau tak (merujuk kepada pretentious).

Yang pelik, camna ah pandangan Islam terhadap benda faking faking ni?

So aku cari la info-info.

So, sebenarnya, "RIAK PALING BESAR ADALAH BILA KITA TINGGALKAN KEBAIKAN KERANA MANUSIA". Jelas dan terang. Islam sebenarnya tidak menggalakkan hipokrit. TAPI TAPI TAPI DAN TAPI yang hipokrit tuh sebenarnya manusia yang melanggar hukum Allah.

"Sebab apa lak dia hipokrit, suka hatilah dia nak pakai tudung ke tak, hello, mesti ke jadi 'muslimah sejati' dengan pakai tudung jee?". Pakai tudung dengan sempurna syarat betul doh, tapi tapakai dosa. Tapi tak semestinya pakai tudung tu baik. Sebab apa?

"Tudung" masyarakat sekarang, adalah tudung fizikal. Cantik, lawa, kain mahal, lilit sana sini. Tak salah. Serius, tak salah. Tapi tersentak aku, bila kawan aku, Naqi cakap: "Tudung yang betul adalah tudung batin dan zahir. Bukan sekadar kain melitupi badan. Inilah bezanya 'bertudung' dan 'tak bertudung'. Bukan sekadar kain. Tudung ISLAM adalah tudung: (1) yang menutup aurat, (2) yang melahirkan tanggungjawab dalam hati menjaga jiwa Islam (3) yang memberi amanah menjaga perilaku peribadi seorang Muslimah.". Actually, dia dengar daripada mana entah. Impressed doh, lagi impressed daripada aku usha muka minah Russia. Syumpah!

So, dalam Islam tiada yang hipokrit. Hak dan batil, benar dan salah, semuanya berbeda. So, hidayah milik Allah, ikhlaskan hati buat. Selagi mana ada will, hidayah pasti milik kita yop.

Salam papai.

A 14 years old web designer from Kairouan, Tunisia. And then you write some more information about yourself like this to fill out the space that is left.

2 yakek:

Khadijah Iderus said...

Gua salute ah lu punya last issue!

Anonymous said...

1.Solat + ibadah
2.Hidup bersyariat
3.Aurat
4.Ikhtilat

1-->2-->3-->4 domino effect

Domino effect tu apabila ada permulaan yg akn trigger a series of chain reaction. Maka... apabila kita dah settle dr sudut solat dan ibadah, kita juga sepatutnya secara lgsung dah settle jg dari sudut ikut syariat. Sepatutnya kalau kita dah settle dr sudut aurat, scra lgsung je kita sepatutnya akn settle jg sudut ikhtilat.

Apabila kita solat sepatutnya secara automatik juga akn jaga benda2 lain. Kalau faham maksud bacaan dan betul2 menghayati erti solat itu sendiri, sepatutnya mmg hal2 yg lain pun terjaga juga. Bukan ke, dalam doa iftitah yg dibaca stp kali solat tu sepatutnya dh meletakkan ikrar” sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku dan matiku hanya untuk Allah Tuhan semesta alam. Tiada sekutu bgNya. Maka kerana itu aku rela diperintahkan dan aku ini adalah termasuk golongan orang islam.
Sepatutnya kat situ automatik dah buat ‘amar makruf, nahi mungkar’

Tp tu la brapa ramai je org yg sbnrnya faham maksud bacaan solat? Dan entah berapa ramai je pula yg faham maksud bacaan tu menghayatinya. Dan brapa byk pula yg menghayati, beramal dgn ayat tu. Dan brapa ramai pula yg beramal tu benar2 ikhlas.
Bukan mudah.

Maka apabila dah jaga solat, automatik jg kena jaga aurat sbb dah masuk dalam ikrar nak ikut apa yang Allah suruh. Dgn aurat yg terjaga mmg sepatutnya mjaga juga drpda buat benda2 tak ikut syariat.

Tp skrg ni, bdk pakai tudung bersepah je kat luar tu. Ramai. Tp ramai jg yg pakai tudung tu buat benda yg sepatutnya org yg mjaga aurat tak buat. Pergaulan antara different gender tak terjaga. Bertepuk tampar suka-suki je. Berkepit sana sini mcm kira halal je. Apabila tudung tu dh jd trend fasion and the new ‘in’ thing dan bukan lg dipakai kerana tuntutan agama, itu sbb yg jd agaknya.

Dan kalau nk jg pergaulan.....maka.....kawin

Sungguh...utk berubah itu bukan mudah.nak cuba utk meletakkan gerabak hidup di atas landasan al-Quran dan sunnah itu mmg payah. Tp perlu yakin yg Allah tgk usaha, bukan natijah...-versus, hlovate...




**Sbnrnya kta2 di atas lebih pada diri sendiri tp just want to share smthing...take care n gud lux with your exam...
---